Thursday, January 22, 2009

Senyumlah... Cayouk!!!

Salam... PAGI!!!

Counting days nak balik. Horray!!!! Tak sabar rasanya.... Tiba2 terasa hiba sangat meruntum hati ini. Bukan hiba sebab nak balik, tapi hiba sebab kadang2 kita rasa kita dah abis kuat hadapi semuanya... tetapi sebenarnya tidak. Bagiku, ku tahan airmata ini dari jatuh dah terlalu lama, tapi kadang2 gugur jua akhirnya... Dah abis daya rasanya. Ya Allah, kuatkan kaki ini melangkah, agar semuanya berjalan lancar. Amin...

Ku tahu, mama n papa selalu doakan yang terbaik buat anaknya yang paling jauh ni. Sebab tuh kala hiba n sayu2 macam nih, aku perlukan seseorang di sisi... tapi tak der. Kesian kan??? Selalunya, aku selalu mengadu domba kat mama.. teman paling akrabku... Semuanya cerita ngan mama... Abislah semua kisah... tiada rahsia antara aku dan mama... kalau tak mama, along la jadi mangsa menadah telinga mendengar celoteh lara hati ini.... Tak cukup tuh, kengkawan rapatku menjadi mangsa.... Tapi berbeza sekarang, semuanya jauh, kalau cerita nnt, menjadi gusar dihati semua lak. So, simpan sendiri.. Tuh yang jadi makan hati agaknya... Yang selalu jadi mangsa siapa lagi... kalau tak bakal hubbyku... Bila ader jer tak kena, kadang2 terlalu simple pun menjadi satu benda yang rumit bagiku. Seolah2 menjadi bahan gaduh buat aku dan dia. Tapi dia terlalu diplomasi denganku... Dia tahu tekanan yang aku hadapi di sini sendirian. Mungkin dia juga tahu, itu sahaja cara aku dapat luahkan perasaanku... TQ sayang... U always here when i need u... Sorry gak sebab selalu jadi mangsa. Bukan niat sebenarnya, tapi entahlah... U jer tempat i mengadu... Tapi yang amat pasti Allah ada mendengar rintihan hati ini.

Dalam hiba2 begini, hanya 1 je cara sembuhnya... dan itulah cara cuba ku lakukan setiap hari... baca Yassin dan tadah tangan minta padaNya...maka akan sembuhlah luka ini... andai berdarah kembali, ku basuh luka ini ngan airmata dan ku ulang menadah tangan kepadaNya. Itu jer la rutin harianku sebab itu sahaja ubat yang ada kala ini. Kadang2 ku rasakan ujian yang ku lalui terlalu berat, tapi sebenarnya hanya sedikit je berbanding orang lain. Ku pasti ader hikmah sebalik semua ini. So, bersyukurlah dengan dugaan ini... sebab kadang2 aku rasa, bila ada dugaan... lagi dekat aku dengan DIA. Tak putus2 menadah tangan... Mungkin itu hikmah dariNya. Supaya aku sentiasa ingat akan DIA dan kasih sayangNya.

Mungkin juga ini pengalaman yang akan mengajarku erti hidup dan menghargai semua yang ada sekelilingku selagi bernyawa atau selagi ada. Andai tiada nanti, tidak guna ditangisi kepergiaannya atau kehilangannya... So, semasa ada la menggunakan semua kudrat dan saki baki semangat utk terus melakukan yang terbaik... Cayouk!!! GAMBATE anna san!!!! U can do it... Bak kata papa, "Anna ni kuat, andai letak kat hutan pun boleh hidup, semangatnya kuat.... "


Teringat pada lagu...

Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri =) ,
Senyum umpama titian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum, ku tersenyum =)),
Kemesraan menguntum....
Senyum kepada semua =)) =)),
Senyumanmu amatlah berharga,
Senyum membahagiakan,
Dengan senyuman, terjalinlah ikatan...

Lagu ini lagu semangat aku pada salah seorang sahabatku... AZMIRA di TIKL dulu.. Dia nih selalu la cepat patah semangat... Sebagai sahabat paling akrab... lagu ini selalu ku nyanyikan... Sampai sekarang kalau dia susah hati, dia akan nyanyikan lagu ini... Yer kan MIRA??? Sebab bagi kawan2 yang rapat denganku... aku nih terlalu kuat semangatnya... hehheheh!!! Ye ker??? Ada sapa2 leh komen or jawab??? Tapi tak tahulah kuat lagi tak aku nih... =))

semangat yang hilang...

annabaizuramispani
Quincy, MA
US

Tuesday, January 13, 2009

Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru!!!

Salam... PAGI!!!!

rasanya ini adalah entry pertama tahun nih... lama rasanyer tak menulis... bukan tak mahu dah, tapi tak der kesempatan... projek dah "go-live", so sekarang tgh support n buat additional report utk memantapkan lagi report2 yang sedia ada. so, kesibukkan melanda diriku... :P lupa lak nak wish salam maal hijrah n selamat tahun baru pada semua... rasanyer tak terlambat lagi kan??? tinggallah kenangan tahun 2008 dalam lipatan memori. ada yang indah, ader yang perit, ader gembira, ader duka, ader sengaja atau tak sengaja, ader airmata, ader corat-coretnya... simpanlah dia dalam kamus hidup anda... sekarang tahun baru, so, mulakan langkah baru...

andai tersasar dari landasan asal, kembalilah... pintu masih lagi terbuka utk kamu betulkan keadaan. andai dah terlanjur, teruskan melangkah... jgn pandang ke belakang lagi... mungkin di depan sana ader sinar menanti. sapa tahu kan?? so, jgn berhenti berharap... kena harapan perlu ader utk teruskan usaha. asalkan mahu berusaha dan mencuba...


pada impian yang tertunai mengikut perancangan, ucap alhamdulillah... kalau tak tercapai tuh, panjatkan doa agar DIA membantu mudahkan jalan. tahun nih masih ada utk teruskan berusaha. jgn jemu mencuba kerana DIA tahu kamu sedang berusaha. DIA sedang menguji kerana DIA kasih dan sayangkan kamu. Andai kamu terasa putus asa, kembali kepada-Nya. itu sebenarnya DIA mahu... kamu sentiasa menadah tangan meminta pada-Nya.

buat kawan2 yang dah mendirikan rumahtangga, TAHNIAH ku ucapkan. doaku sentiasa mengiringi kalian dari jauh. buat kengkawan baikku yang aku tak dapat hadiri majlis kalian, aku minta maaf... ini adalah tugasan yang aku sendiri tak dapat tolak. insyaAllah, sampai di bumi Msia, akan ku lawati kalian semua... buat faeza (sahabat baikku dari kecil), jiha (bestfriend kat UTM), Ayien (bestfriend di IUCCT) dan yang lainnya... maaf, jemputan kalian tak dapat ku penuhi... aku ingin saat berada di dalam majlis dan gambar kenangan tuh... tapi apakan dayaku, jauhku bukan sebatu dua... malah berbatu2 jauhnya... MAAF je yang dapat kucoretkan... terkilannya, hanya DIA MAHA MENGETAHUI. sebab bab2 kawen nih, akulah yang paling excited sebab aku sukakan majlis kawen... seronok beb!!!

aku? masih kat bumi asing mengabiskan amanat dan tanggungjawab. insyaAllah... aku akan kembali ke tanah air penghujung bulan 3. Cuaca sejuk n bersalji kat luar tuh tak mengizinkan aku ke mana2... sebab sejuknya tak tertahan dek diriku yang mmg tak tahan sejuk...so, bersantai di rumah sahaja adalah langkah lebih bijak buat masa ini bagi mengelakkan sakit... nnt sakit, sapa susah....??? sambutan tahun baru hari tuh sangat simple kerana aku hanya duduk di rumah menghabiskan masa dengan TV... salji tebal kat luar tidak mengizinkan aku ke mana2... sehari sebelum tahun baru, salji menyambut aku... HORRAY!!! balik awal kerana dikuatiri ribut salji... tp seperti biasa, keretaku tenggelam dek salji... kena la korek dulu sebelum dapat pulang ke rumah... inilah namanya pengalaman kan??

2009 kini menyelusuri hari2 mendatang. aku berdoa agar impian tahun ini tercapai. impian yang tertulis dan belum tercapai, tak akanku lupakan.. akan ku kuatkan kaki melangkah dengan lebih gigih lagi ke arah itu. Buat semua pembaca, salam maal hijrah dan selamat tahun baru. semoga tahun baru ini mengukir seribu kenangan manis buat kita semua. insyaAlllah.. aku berdoa agar segala yang dihajati tertunai tahun ini... :)


cinta dan airmata '08 menjadi kenangan abadi...

annabaizuramispani
Quincy, MA
US