Sunday, December 28, 2008

CINTA HAKIKI

PAGI!!!!! Salam sayang semua...

Dalam coretan lepas, aku ada menyebut tentang CINTA HAKIKI... Ini kisah disebalik bagaimana ku temui CINTA HAKIKI tersebut. Aku bersyukur sangat disaat aku keliru dengan diriku, hala tujuku dan keputusan yang akan ku ambil disamping resah meruntum hati dengan pelbagai masalah yang aku sendiri tidak pasti bagaimana harus aku menyelesaikan dalam masa yang singkat, aku dihantar oleh syarikat ku ke satu kursus yang aku sendiri tidak pasti adakah masa ini sesuai untuk ku mengikuti kursus tersebut... Tapi DIA lebih mengetahui, mendorongku melangkah mengikuti kursus tersebut yang bagiku sangat mengagumkan... MIRACLE... Itulah perkataan yang boleh ku ungkapkan kali pertama menjejakkan kaki saat itu... LUAR BIASA pembawakannya...

ESQ 165... Satu kursus di mana kita dibawa mengenal siapa kita untuk kita mengenal siapa TUHAN kita... sangat menarik pendekatannya. Aku menjadi kagum dan terpesona saat Pak Amirul mengungkapkan kata... bukan kerana ketampanannya, tapi kata-kata yang mampu membuat aku menitiskan airmata sepanjang 3 hari mengikuti kursus tersebut. Bukan menangis kerana terpaksa, tapi menangis kegembiraan dan penuh syukur atas rahmatNya di mana ku temui diriku dan CINTA HAKIKI ku saat umurku 26 tahun. Bagiku, aku antara yang bertuah mengenal CINTA HAKIKI di saat umurku masih muda dan mampu berubah. Ini kerana, perjalanan hidupku dipenuhi dengan pencarian yang tiada penghujung. Aku yakin, Allah sentiasa membantuku mencari jawapan dalam setiap pertanyaanku tapi dengan cara yang DIA kehendaki. Mungkin ini jawapan bagi pencarian ku sekian lama.

Terima kasih buat syarikatku yang menghabiskan ribuan ringgit utk menghantarku ke kursus ini. Syukur ku panjatkan ke atas TUHAN Yang Maha Esa atas dorongan hati utk melangkah ke kursus ini. Selama hidupku, ku mencari dan perjalanan pencarianku masih jauh di mana aku sering bertanya diriku sendiri apa yang aku cari selama ini. Tapi aku temui jawapannya di sini... ESQ 165... Bukan kursus keagamaan, tapi kursus di mana meminta anda sendiri selami ke dasar diri agar sentiasa menginsafi diri dan bersyukur di atas rahmat dan kurniaNya.

Buat Pak Ari, selaku founder ESQ 165 ini, kalungan Terima Kasih kerana berkongsi ilmu agar semua insan sejagat dapat menikmati kemanisan CINTA HAKIKI ini. Pada anda yang masih mencari CINTA HAKIKI, atau telah menemui tetapi masih curiga atau was-was, ku sarankan carilah kursus ini buat penguat hati... Kerana semua yang anda cari, pasti terjawab andai anda ikhlaskan hati, rendahkan jiwa dan sentiasa berdoa agar anda temui jalan dalam pencarian yang selama ini tiada noktahnya... Percayalah, jika anda sentiasa berdoa, membuka minda, mata dan mata hati anda, jawapannya ada di situ... Di satu sudut dalam hati anda yang selama ini anda tutup mata hati tersebut...

Terlalu banyak benda yang ingin ku kongsikan bersama kalian tentang kursus ini, akan ku titipkan semasa ke semasa. Ini baru mukadimahnya... :P

CINTA HAKIKI yang menjadi asas mata hati ku dan sentiasa akan tetap di situ membantu dan menyayangiku melebihi yang lain. Aku sering berdoa agar aku sentiasa menerima kasih sayangNya agar aku tidak lari jauh dari jalan yang seharusnya aku tuju utk menemuiNya kelak. Melalui kursus ini, kasih sayang kepadaNya sentiasa berkembang mekar dalam hatiku. Aku suka berkongsi banyak perkara menarik yang terjadi kepadaku kesan dari kursus ini. Tapi tak terluah dek kata, tak terungkap dek bicara... alami lah, baru kalian tahu kesannya... KASIH SAYANG yang sentiasa menyelubungimu, akan membawa kamu terus sentiasa bersyukur kepadaNya...


aku tetap aku...

annabaizuramispani
Quincy, MA
US

No comments: