rasanya ini adalah entry pertama tahun nih... lama rasanyer tak menulis... bukan tak mahu dah, tapi tak der kesempatan... projek dah "go-live", so sekarang tgh support n buat additional report utk memantapkan lagi report2 yang sedia ada. so, kesibukkan melanda diriku... :P lupa lak nak wish salam maal hijrah n selamat tahun baru pada semua... rasanyer tak terlambat lagi kan??? tinggallah kenangan tahun 2008 dalam lipatan memori. ada yang indah, ader yang perit, ader gembira, ader duka, ader sengaja atau tak sengaja, ader airmata, ader corat-coretnya... simpanlah dia dalam kamus hidup anda... sekarang tahun baru, so, mulakan langkah baru...
andai tersasar dari landasan asal, kembalilah... pintu masih lagi terbuka utk kamu betulkan keadaan. andai dah terlanjur, teruskan melangkah... jgn pandang ke belakang lagi... mungkin di depan sana ader sinar menanti. sapa tahu kan?? so, jgn berhenti berharap... kena harapan perlu ader utk teruskan usaha. asalkan mahu berusaha dan mencuba...
pada impian yang tertunai mengikut perancangan, ucap alhamdulillah... kalau tak tercapai tuh, panjatkan doa agar DIA membantu mudahkan jalan. tahun nih masih ada utk teruskan berusaha. jgn jemu mencuba kerana DIA tahu kamu sedang berusaha. DIA sedang menguji kerana DIA kasih dan sayangkan kamu. Andai kamu terasa putus asa, kembali kepada-Nya. itu sebenarnya DIA mahu... kamu sentiasa menadah tangan meminta pada-Nya.
2009 kini menyelusuri hari2 mendatang. aku berdoa agar impian tahun ini tercapai. impian yang tertulis dan belum tercapai, tak akanku lupakan.. akan ku kuatkan kaki melangkah dengan lebih gigih lagi ke arah itu. Buat semua pembaca, salam maal hijrah dan selamat tahun baru. semoga tahun baru ini mengukir seribu kenangan manis buat kita semua. insyaAlllah.. aku berdoa agar segala yang dihajati tertunai tahun ini... :)
cinta dan airmata '08 menjadi kenangan abadi...
annabaizuramispani
Quincy, MA
US
2 comments:
tq. aku doakan ko selamat kat sana and selamat balik! ko nampak tembam sikit nih! :) sronoknya main salji...
tembam ker??? serius?? nih kena jalankan kerja keras nih... kalau tak, bahaya nih.. hehehh!!! :)) tak sabar nak balik... sob, sob, sob....
Post a Comment