Tuesday, November 25, 2008

C.I.N.T.A

PAGI!!!


salam CINTA dari Quincy,

Bagaimana menyayangi seseorang...

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.


7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.


Coretan itu dihantar dari seorang teman kepadaku... suka aku membacanya dan nak share ngan semua pembaca tentang CINTA padaku. Kerana aku pasti, coretan tersebut mungkin bukan pertama kali kalian baca, tetapi acapkali bukan??? Ungkapan demi ungkapan, madah demi madah... tetapi adakah anda pasti, itu CINTA anda???

Kalian tahu kenapa kita bercinta? CINTA dan SAYANG berbeza bagiku. CINTA hadir tiada paksaan, CINTA hadir kerana anugerahNya... kerana itu kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur andai CINTA itu hadir menyapa kita... dan kita perlu redha andai CINTA itu pergi kerana kita sendiri tidak pernah tahu bila DIA akan memberi kita CINTA atau mengambilnya dari kita... Berbeza dengan SAYANG, ia satu rasa yang mana rasa itu boleh berubah mengikut emosi. SAYANG boleh dicipta, dibentuk, diolah dan dipupuk.. SAYANG juga boleh disemai di dalam hati andai ia tiada sewaktu kita mengenali seseorang, KASIH juga boleh dibajai andai SAYANG itu mula berputik... tidak CINTA... Oleh itu, jangan sesekali bilang CINTA andai anda tahu anda tidak mampu melakukannya... kerana CINTA bisa mengubah seseorang andai kuasa CINTA merajai HATI... Bahaya bukan??

Sejak mula mengenali dia yang sekarang tunanganku, aku begitu selesa bersamanya. Nak tahu kenapa?? Percayakah anda kalau selama 5 tahun 10 bulan bersamanya, dia tidak pernah berjanji andai dia sendiri tidak pasti samada dia mampu menunaikannya atau sebaliknya... Hanya yang ku dengar sekitar hubungan kami adalah perkataan "cuba"... menarikkan??? "Saya cuba..." itulah perkataan keramat dalam hubungan kami.... Selama itulah, seingat ku, dia baru berjanji sekali jer dalam hubungan kami... itupun baru jer... :P

Perkataan CUBA ini sangat besar maknanya dalam hubungan kami. Andai dia berkata "cuba", bermakna dia berusaha melakukannya, andai dia gagal melakukannya, dia sesungguhnya telah mencuba sedaya upaya melakukan terbaik... Aku juga tidak kecewa kerana aku tahu dia mencuba dan tidak berjanji... Unikkan???

So, terapkanlah perkataan CUBA dalam hubungan CINTA dari perkataan JANJI kerana aku percaya itu lebih manis kesannya. Percayalah, andai anda terlalu banyak memungkiri janji, anda akan berasa selamanya bersalah... Tapi andai anda sentiasa mencuba, anda akan berjaya melakukannya dengan hati yang gembira dan hasilnya lebih baik dari JANJI.

Banyak dugaan yang ku lalui sehingga aku sendiri tidak pasti adakah aku sendiri mampu menanganinya... Tapi aku percaya, ALLAH selalu menguji hambaNya andai DIA tahu yang hambaNya mampu mengatasinya... DIA juga menguji kerana DIA sayang n kasihkan hambaNya.

Buat pengetahuan kalian, aku sepatutnya melayari hari bahagiaku sekarang bersama tunanganku. Tapi, aku diuji dengan tugasan yang jauhnya beribu batu merentas Laut China Selatan, melalui Russia, India dan singgah di London sebelum penerbanganku diteruskan ke destinasi ku sekarang, BOSTON. Tapi aku bersyukur dikurniakan dia kerana dia sentiasa menyokongku dan dialah penguat semangatku. Itulah CINTA yang DIA beri. CINTA yang tidak putus-putus mengasihi dan menyayangiku.

Satu lagi yang ku suka tentang dia adalah dia menerima aku seadanya semenjak dia mengenaliku. Tidak pernah dia cuba mengubahku jika bukan atas kehendakku sendiri. Jika anda mempunyai kekasih yang sering menginginkan perubahan pada diri anda menjadi orang lain dan bukan diri anda, ini bermakna dia tidak menCINTAi anda sepenuhnya... tetapi menCINTAi orang lain dan mahukan anda menjadi sepertinya. Anda mengenali diri anda selama anda wujud di muka bumi ini, tetapi kerana CINTAkan kekasih anda yang anda hanya kenal sehari, seminggu, sebulan atau setahun, anda mengubah siapa diri anda kerananya? Perlukah perubahan itu berlaku selama hubungan anda?? Perubahan demi perubahan minta dilakukan bagi memastikan anda menjadi apa yang kekasih anda mahukan. Logikkah hubungan begitu?? Kekasih anda mengenali anda sewaktu dia berjumpa dengan anda, bukan dengan org lain, so, kenapa perlu mengubah anda sekiranya anda org yang dia mahukan. Sahabat sekalian, jangan mengubah dia menjadi orang lain, tetapi belajar menerima dia seadaanya. Andai anda tidak mampu, dia bukan CINTA yang anda cari. Lepaskan dia jika itu yang terbaik dari mengubahnya menjadi org lain yang bukan dirinya. Tapi perlu anda tahu, anda boleh menjadi pendorong atas perubahan yang baik, tetapi biarlah dia sendiri membuat keputusan samada dia mahukan perubahan tersebut atau sebaliknya. Jika tidak, perubahan itu akan nampak sementara selagi dia mampu melakukannya... andai dia tidak mampu lagi, dia akan kembali kepada asal. Adakah itu yang anda mahukan? Fikirkanlah...

Itulah CINTA anugerahNya kepadaku... Aku bersyukur kerana aku menemukan CINTA sejatiku yang mana CINTA hakiki ku temui sebelum aku benar-benar memahami CINTAku kini... Akan ku coretkan bagaimana ku temui CINTA hakiki ku kelak dalam coretan akan datang... CINTA hakiki itu lebih meruntum hati kerana setelah aku temui CINTA hakiki, aku belajar merelakan segala CINTA dihati.

CINTA itu selamanya di sini
annabaizuramispani
Quincy, MA
USA

1 comment:

ifa said...

chayok! miss boston