Saturday, November 29, 2008

JODOH???

PAGI!!!!
Salam utk semua sahabat dan kalian yang sudi membaca coretanku,

Tak sangka dalam beberapa coretan yang ku tulis, C.I.N.T.A mendapat sambutan hangat pembaca blogku. Walaupun blog ini baru merangkak, aku suka bila ada yang menghantarkan kata-kata semangat dan komen secara terbuka ataupun secara peribadi melalui emailku agar aku teruskan menulis. Terima kasih kerana sudi membaca coretanku yang tiada sepertinya ini. Sokongan kalian akan membawaku jauh lagi dalam menyelusuri hari-hari mendatang bersama coretan-coretanku.

Sebab C.I.N.T.A mendapat sambungan hangat, ingin aku kongsikan kata-kata yang ku petik dari email sahabatku:

"ko ada citer psl CUBA dlm berCINTA kan??aku ada baca .. dan aku pernah menCUBA .. tp tak menjadi .. susah bila CINTA tu tak dtg dgn sndri .. CUBA aku ni mcm dipaksa .. so better aku berundur kan???"

**sorry utk sahabatku yang sorang nih... bukan nak publish aper dia tulis, cuma aku nak bagi pendapat n nak share something ngan korang...

Aku terpanggil menulis tajuk ini kerana petikan dari sahabatku mengenai CINTA. So, ini adalah kawan baik dengan CINTA iaitu mengenai JODOH... Sebab aku tahu, ramai yang rasa JODOH itu sesuatu yang berat bila diutarakan. Suka aku nak petik tulisan salah satu penulis kegemaranku Dr. Phill McGraw dalam bukunya berjudul "Love Smart"... Katanya :

"Find the one you want - Fix the one you got..."


Betul tak?? Kita bukannya mencari kesempurnaan dalam JODOH, tetapi mencari seseorang yang mampu saling lengkap-melengkapi di antara satu dengan lain. Seperti CINTA, JODOH juga tidak boleh dipaksa-paksa. Andai kita telah mencuba, dan itu bukan JODOH kita, lepaskan jika itu adalah jalan terbaik. Jika kita mampu menyelamatkan JODOH kita, selamatkanlah tetapi bukan sebab TERPAKSA atau DIPAKSA, tetapi lakukanlah dengan RELA dan dengan HATI yang ikhlas agar cinta yang disemai dan kasih sayang yang dibajai bercambah mekar dalam sanubari. Dengan itu, CINTA itu akan selamanya di HATI... Lakukan dengan keikhlasan lebih manis hasilnya kerana kita tahu, kita saling memerlukan. Bertepuk sebelah kanan tidak akan berbunyikan?? Tepuk dada, tanya HATI, adakah yang dicari masih bersembunyi ataupun telah ditemui tetapi dibiarkan berlau pergi... Fikir-fikirkanlah...

Sahabat dan pembaca sekalian, fahamilah... JODOH kita telah ditetapkan dan ditulis perjalanannya oleh Yang Maha Esa semenjak azali lagi. Oleh itu, kita hanya mampu berdoa agar apa yang ditetapkan utk kita adalah yang paling terbaik buat kita sebab DIA Maha Pengetahui apa yang berlaku dilangit dan dibumi.

Tapi kebanyakkan kita sentiasa menidakkan JODOH yang disuratkan buat kita kerana kita percaya kita mampu mencari yang terbaik walhal yang telah ditetapkan itu adalah yang terbaik... Macam aku juga, aku sentiasa mencari yang terbaik sedangkan apa yang didepan mataku adalah yang terbaik buatku... Tapi aku bersyukur sekarang, didorongkan HATI ku menerimanya utk menjadi pelengkapku... dan aku bersyukur kerana DIA sentiasa menyayangi ku dan meletakkan aku dibawah lindungan kasih sayangNya sebagai hamba kerana JODOHku dengan tunangku dipanjangkan walaupun banyak dugaan mendatang sebab seperti yang aku katakan DIA Maha Mengetahui... Hubby, I love U so much.... Muah!!!! Rindunya nak balik Malaysia, tanah tumpah darahku.... heheeh!!!!
Percayalah, selama lebih kurang 5 tahun bersama, bukan sedikit dugaan melanda, terlalu banyak sehinggakan aku sendiri kadang kala tewas dengan dugaanNya. Tetapi kepercayaan aku hanya padaNya kerana aku pasti, setiap dugaan dan cabaran yang didatangi padaku ada hikmah tersembunyi dan DIA mahukan aku berfikir disebalik musibah yang datang kepadaku.

Aku punya seorang teman yang mempunyai ramai teman lelaki. Teman lelaki ini bukanlah "boyfriend", tapi lebih mudah kita sebut kawan-kawan lelaki. Walaupun ramai, dia masih lagi tidak punya kekasih hati kerana katanya, "semua yang dia suka, telahpun berpunya... takkan nak ambil org punya kan??" Tapi dia masih ada seseorang yang dia sentiasa tunggu tetapi katanya pula, "kalau ada JODOH, ada lah... Jika tidak, carilah lain..." aku suka mengatakan padanya, yang JODOH kita bukanlah semudah itu... Kadang-kadang kita perlu berusaha mendapatkannya. Tidaklah ku minta dia mencari semahunya, tapi berdoa pada DIA agar ada seseorang yang mampu menerima dia seadanya kelak. Itupun dikira berusahakan??

Percayakah kalian jika ku katakan aku mula berdoa tentang JODOH ku seawal umurku 17 tahun. Bunyinya macam kelakar kan?? Tapi itulah kenyataanNya. Ceritanya bermula sewaktu ustaz di sekolahku mengatakan bahawa doa adalah senjata kita dan kita tidak boleh mengubah takdir tetapi kita boleh berusaha memohon yang terbaik buat kita. Doa orang yang tidak berputus asa adalah doa-doa orang yang berusaha. DIA suka pada orang yang berusaha... bukan menyerah sahaja kepadaNya. Jadi tak salah berdoa sebab sejak kecil aku mengimpikan perkahwinan yang bermakna buat diriku sepanjang hayatku. Aku juga mahukan seseorang yang sentiasa mencintaiku keranaNya. Terlalu banyakkah kemahuanku??

Buat sahabatku semua....Jangan pula terlalu memilih... kerana kita bukan Puteri Intan Terpilih... Kita makhluk Tuhan seperti yang lainnya. Kita juga bukan yang terbaik mahukan sentiasa yang terbaik buat kita. Kita akan dapat seperti apa diri kita... Jadi, jangan harapkan dan impikan yang tidak-tidak. Jangan mengharapkan bulan yang jauh dilangit tinggi sedangkan yang di atas pokok pun tak tercapai. Jangan pula menggadai perasaan hanya kerana menunggu sang putera raja sedangkan putera raja yang dinantikan baru mahu belajar membaca.

Jangan pula terlalu menanti-nanti kerana penantian itu satu penyeksaan. Jangan pula kita hanya mempunyai sikap menunggu sahaja kerana percaya kita tetap ada JODOH. Ya, JODOH kita memamg ada, tapi tidak semudah yang disangka. Kadang-kadang perlu diusahakan, perlu dicari dan perlukan pengorbanan. JODOH datang dengan pelbagai cara... bagaimana dan cara mana ia mahu sampai kepada kita, terpulang pada takdir dan usaha kita.

Ada pula seorang sahabat yang sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan sehinggakan tidak mahu mencari JODOH kerana dia merasakan dia tidak layak untuk sesiapa. Dinasihatkan, jangan terlau merendah diri... sikap itu kelak akan memakan diri. Kita perlu merendah diri pada tempat yang betul. Seharusnya, kita perlu menanamkan sikap positif pada diri... Jika kita sendiri sentiasa merendah-rendahkan diri kita, apatah lagi orang diluar sana yang sentiasa mahu menjatuhkan kita. Orang tidak senang melihat kita senang sayang....

Ada pula sahabatku yang usia telah meningkat tetapi masih lagi mencari pasangan... Teruskan usaha, sekurang-kurangnya, kamu berusaha... dan jika JODOH itu masih tiada, jangan gusar dan berputus asa, kerana ada hikmah tersembunyi didalamnya. Jangan pula mandi bunga yang bukan-bukan atau melakukan perkara-perkara mensyirikkan DIA. Berdoalah agar JODOH itu akan datang kepadamu kelak... Cuma JODOH itu datangnya lambat atau cepat.... DIA yang menentukanNya dan atas kehendakNya...

J - Jangan memilih sangat dan jangan pula sekadar tangkap muat
O - Olahkan usaha agar JODOH anda sampai kepada anda dengan cara yang terbaik buat anda
D - Doa kepadaNya agar JODOH anda sentiasa yang terbaik buat anda
O - Once in our life sometime twice or more...so, percayalah, JODOH tuh tetap ada, cuma lambat or cepat jer...
H - Hindari melupakan DIA kerana DIA sentiasa sayang dan kasih pada hambaNya yang sentiasa mengingatiNya


annabaizuramispani
Quincy, MA
USA

No comments: