Thursday, November 27, 2008

Malaysia to Boston... Siri 1

PAGI!!!!

Assalamualaikum....

Setiap yang datang hari ini kepadaku, mesti ada sebab dan alasan yang muhasabah. Inilah perjalanan hidupku yang telah tertulis dan akan ku lalui dengan redha. Ku harap semoga aku sentiasa bersyukur dan ingat kepadaNya. Bagaimana aku tercampak ke bumi Boston ini adalah satu perjalanan yang tak dapat ku lupakan sepanjang hayatku... Lupa aku nak ceritakan kisah perjalanan ku ke Boston. Ini baru ada kesempatan nak bercerita...

Sebelum perjalanan bermula, aku terlalu sibuk menguruskan beberapa perkara sebelum aku tinggalkan bumi Malaysia yang tercinta... Selain menguruskan urusan rasmi berkaitan kerja, aku perlu juga menguruskan urusan keluarga yang tertangguh kerana keputusan ku. Bukan sengaja menangguhkan majlisku, tapi aku ada alasan aku sendiri... tersepit di antara kerjaya dan masa depan hidupku, aku didorong memilih jalan ini... aku tahu, ada hikmah disebalik pilihanku ini.

Perjalananku bermula dengan berita di mana aku terpilih utk menjadi salah seorang team ABAP utk membantu seorang senior dalam ABAP di sini. Aku sendiri keliru adakah aku mampu lakukannya. Utk tidak membunuh kerjayaku, aku perlukan org yang mampu mengajarku dan membantuku melaksanakan tugasan ini. Shahrul adalah nama pertama dalam mindaku. Tidak ku sangka, Pn. Rasimah pun memikirkan org yang sama denganku... Apabila Shahrul terlibat, aku bersyukur, sekurang-kurangnya ada org Malaysia lain bersamaku dan aku mengenalinya.

Aku dan Shahrul mula sibuk menyelesaikan apa yang perlu bermula dari passport, visa, permit memandu dan sebagainya disamping membantu beberapa pihak dalam menguruskan apa yang dipanggil petition.

Alhamdulillah, dalam kalut-kalut menyiapkan apa yang perlu, ada insan sudi membantu. Nak tahu sapa??? My housemate best ever... Syikin. Dialah insan yang bertanggungjawab membantu memberi tips-tips menarik bagi melancarkan segala urusan. Bermula dari berutus email, kami bertanyakan beberapa perkara dari kerja sehingga barang keperluan kami di sana. En. Niam juga tak ketinggalan memberikan tips-tips menarik utk memastikan perjalanan kami selamat tanpa sebarang masalah kelak. Akan ku ceritakan pelbagai kenangan menarik ku di sini kelak...

Perjalanan ku bermula 3 hari sebelum Aidilfitri. Tahukah kalian, itulah kali pertama aku beraya sendirian tanpa keluargaku di sisi. Tak nak cerita raya kat sini... Tuh kena lembaran coretanku akan datang... So, pagi Jumaat yang syahdu bermula dalam sejarah hidupku lepas ini. Tak dapat ku bayangkan apa yang tersirat dalam hatiku saat ini. Serba tak kena dibuatnya. Semua familyku seakan mengerti perasaanku dan hanya membisu memberikan ku ruang agar semuanya nampak seperti biasa.

Dalam perjalanan yang hening pagi itu, tidak ku lupa menelefon tunangku yang dengan rela bangun awal dari biasa utk menghantarku dan itulah pertemuan terakhirku dengannya sehingga Mac tahun depan. Satu perpisahan yang aku sendiri tidak pasti aku sanggup menanggungnya atau tidak. Tapi, bedal jer laaa.. aku telah memilih jalan ini. Sorry my Hubby... I love u so much... that the truth...

Dalam pertemuan yang singkat itu, aku tidak mampu lagi menanggung kesedihan di hati, airmata ini tumpah jua akhirnya. Aksi bertukar aksi... Aku memeluk semua ahli keluargaku kecuali abg ipar ku, of course... dan adikku yang tiada kerana perlu kerja luar daerah... outstation... Tunangku membiarkan aku dalam beberapa ketika sebelum tiba giliran dia. Aku tidak mampu berkata apa-apa dan hanya hati kami je yang berkata-kata.

Aku pun bertolak ke Boston dengan saki baki linangan airmata... Aku dan Shahrul bertolak dengan perasaan masing-masing. Aku dengan terkenangkan segala persiapan perkahwinan yang masih belum siap sepenuhnya. Dengan penuh pertanyaan di hati, aku redha dan berserah. Tidak tahu apa yang Shahrul fikirkan saat tinggalkan girlfriendnya... Aku takkan bertanya apa-apa yang mengundang kesedihan di hati masing-masing.

Dalam diam, aku berdoa di dalam hati supaya semua keluargaku dan tunangku dilindungiNya semasa ketiadaanku kerana aku tidak sanggup menghadapi dugaan yang aku tidak mampu menanggungnya dalam kejauhan ini. Doaku juga supaya aku melakukan pilihan yang tepat dalam penentukan perjalanan hidupku. Aku tahu, DIA sentiasa bersamaku. Ya Allah, semoga semuanya adalah terbaik buatku dan dia, my Hubby...

Perjalanan mengambil masa hampir 24jam. So, terlalu panjang dan sangat memenatkan kerana tiada malam. Hanya siang... So, ikuti siri kedua nanti... Dah penat menaip... banyak sangat nak cerita, tak tahu nak mula dulu... hehehhe!!!!

annabaizuramispani
Quincy, MA
USA

No comments: