Thursday, January 22, 2009

Senyumlah... Cayouk!!!

Salam... PAGI!!!

Counting days nak balik. Horray!!!! Tak sabar rasanya.... Tiba2 terasa hiba sangat meruntum hati ini. Bukan hiba sebab nak balik, tapi hiba sebab kadang2 kita rasa kita dah abis kuat hadapi semuanya... tetapi sebenarnya tidak. Bagiku, ku tahan airmata ini dari jatuh dah terlalu lama, tapi kadang2 gugur jua akhirnya... Dah abis daya rasanya. Ya Allah, kuatkan kaki ini melangkah, agar semuanya berjalan lancar. Amin...

Ku tahu, mama n papa selalu doakan yang terbaik buat anaknya yang paling jauh ni. Sebab tuh kala hiba n sayu2 macam nih, aku perlukan seseorang di sisi... tapi tak der. Kesian kan??? Selalunya, aku selalu mengadu domba kat mama.. teman paling akrabku... Semuanya cerita ngan mama... Abislah semua kisah... tiada rahsia antara aku dan mama... kalau tak mama, along la jadi mangsa menadah telinga mendengar celoteh lara hati ini.... Tak cukup tuh, kengkawan rapatku menjadi mangsa.... Tapi berbeza sekarang, semuanya jauh, kalau cerita nnt, menjadi gusar dihati semua lak. So, simpan sendiri.. Tuh yang jadi makan hati agaknya... Yang selalu jadi mangsa siapa lagi... kalau tak bakal hubbyku... Bila ader jer tak kena, kadang2 terlalu simple pun menjadi satu benda yang rumit bagiku. Seolah2 menjadi bahan gaduh buat aku dan dia. Tapi dia terlalu diplomasi denganku... Dia tahu tekanan yang aku hadapi di sini sendirian. Mungkin dia juga tahu, itu sahaja cara aku dapat luahkan perasaanku... TQ sayang... U always here when i need u... Sorry gak sebab selalu jadi mangsa. Bukan niat sebenarnya, tapi entahlah... U jer tempat i mengadu... Tapi yang amat pasti Allah ada mendengar rintihan hati ini.

Dalam hiba2 begini, hanya 1 je cara sembuhnya... dan itulah cara cuba ku lakukan setiap hari... baca Yassin dan tadah tangan minta padaNya...maka akan sembuhlah luka ini... andai berdarah kembali, ku basuh luka ini ngan airmata dan ku ulang menadah tangan kepadaNya. Itu jer la rutin harianku sebab itu sahaja ubat yang ada kala ini. Kadang2 ku rasakan ujian yang ku lalui terlalu berat, tapi sebenarnya hanya sedikit je berbanding orang lain. Ku pasti ader hikmah sebalik semua ini. So, bersyukurlah dengan dugaan ini... sebab kadang2 aku rasa, bila ada dugaan... lagi dekat aku dengan DIA. Tak putus2 menadah tangan... Mungkin itu hikmah dariNya. Supaya aku sentiasa ingat akan DIA dan kasih sayangNya.

Mungkin juga ini pengalaman yang akan mengajarku erti hidup dan menghargai semua yang ada sekelilingku selagi bernyawa atau selagi ada. Andai tiada nanti, tidak guna ditangisi kepergiaannya atau kehilangannya... So, semasa ada la menggunakan semua kudrat dan saki baki semangat utk terus melakukan yang terbaik... Cayouk!!! GAMBATE anna san!!!! U can do it... Bak kata papa, "Anna ni kuat, andai letak kat hutan pun boleh hidup, semangatnya kuat.... "


Teringat pada lagu...

Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri =) ,
Senyum umpama titian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum, ku tersenyum =)),
Kemesraan menguntum....
Senyum kepada semua =)) =)),
Senyumanmu amatlah berharga,
Senyum membahagiakan,
Dengan senyuman, terjalinlah ikatan...

Lagu ini lagu semangat aku pada salah seorang sahabatku... AZMIRA di TIKL dulu.. Dia nih selalu la cepat patah semangat... Sebagai sahabat paling akrab... lagu ini selalu ku nyanyikan... Sampai sekarang kalau dia susah hati, dia akan nyanyikan lagu ini... Yer kan MIRA??? Sebab bagi kawan2 yang rapat denganku... aku nih terlalu kuat semangatnya... hehheheh!!! Ye ker??? Ada sapa2 leh komen or jawab??? Tapi tak tahulah kuat lagi tak aku nih... =))

semangat yang hilang...

annabaizuramispani
Quincy, MA
US

Tuesday, January 13, 2009

Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru!!!

Salam... PAGI!!!!

rasanya ini adalah entry pertama tahun nih... lama rasanyer tak menulis... bukan tak mahu dah, tapi tak der kesempatan... projek dah "go-live", so sekarang tgh support n buat additional report utk memantapkan lagi report2 yang sedia ada. so, kesibukkan melanda diriku... :P lupa lak nak wish salam maal hijrah n selamat tahun baru pada semua... rasanyer tak terlambat lagi kan??? tinggallah kenangan tahun 2008 dalam lipatan memori. ada yang indah, ader yang perit, ader gembira, ader duka, ader sengaja atau tak sengaja, ader airmata, ader corat-coretnya... simpanlah dia dalam kamus hidup anda... sekarang tahun baru, so, mulakan langkah baru...

andai tersasar dari landasan asal, kembalilah... pintu masih lagi terbuka utk kamu betulkan keadaan. andai dah terlanjur, teruskan melangkah... jgn pandang ke belakang lagi... mungkin di depan sana ader sinar menanti. sapa tahu kan?? so, jgn berhenti berharap... kena harapan perlu ader utk teruskan usaha. asalkan mahu berusaha dan mencuba...


pada impian yang tertunai mengikut perancangan, ucap alhamdulillah... kalau tak tercapai tuh, panjatkan doa agar DIA membantu mudahkan jalan. tahun nih masih ada utk teruskan berusaha. jgn jemu mencuba kerana DIA tahu kamu sedang berusaha. DIA sedang menguji kerana DIA kasih dan sayangkan kamu. Andai kamu terasa putus asa, kembali kepada-Nya. itu sebenarnya DIA mahu... kamu sentiasa menadah tangan meminta pada-Nya.

buat kawan2 yang dah mendirikan rumahtangga, TAHNIAH ku ucapkan. doaku sentiasa mengiringi kalian dari jauh. buat kengkawan baikku yang aku tak dapat hadiri majlis kalian, aku minta maaf... ini adalah tugasan yang aku sendiri tak dapat tolak. insyaAllah, sampai di bumi Msia, akan ku lawati kalian semua... buat faeza (sahabat baikku dari kecil), jiha (bestfriend kat UTM), Ayien (bestfriend di IUCCT) dan yang lainnya... maaf, jemputan kalian tak dapat ku penuhi... aku ingin saat berada di dalam majlis dan gambar kenangan tuh... tapi apakan dayaku, jauhku bukan sebatu dua... malah berbatu2 jauhnya... MAAF je yang dapat kucoretkan... terkilannya, hanya DIA MAHA MENGETAHUI. sebab bab2 kawen nih, akulah yang paling excited sebab aku sukakan majlis kawen... seronok beb!!!

aku? masih kat bumi asing mengabiskan amanat dan tanggungjawab. insyaAllah... aku akan kembali ke tanah air penghujung bulan 3. Cuaca sejuk n bersalji kat luar tuh tak mengizinkan aku ke mana2... sebab sejuknya tak tertahan dek diriku yang mmg tak tahan sejuk...so, bersantai di rumah sahaja adalah langkah lebih bijak buat masa ini bagi mengelakkan sakit... nnt sakit, sapa susah....??? sambutan tahun baru hari tuh sangat simple kerana aku hanya duduk di rumah menghabiskan masa dengan TV... salji tebal kat luar tidak mengizinkan aku ke mana2... sehari sebelum tahun baru, salji menyambut aku... HORRAY!!! balik awal kerana dikuatiri ribut salji... tp seperti biasa, keretaku tenggelam dek salji... kena la korek dulu sebelum dapat pulang ke rumah... inilah namanya pengalaman kan??

2009 kini menyelusuri hari2 mendatang. aku berdoa agar impian tahun ini tercapai. impian yang tertulis dan belum tercapai, tak akanku lupakan.. akan ku kuatkan kaki melangkah dengan lebih gigih lagi ke arah itu. Buat semua pembaca, salam maal hijrah dan selamat tahun baru. semoga tahun baru ini mengukir seribu kenangan manis buat kita semua. insyaAlllah.. aku berdoa agar segala yang dihajati tertunai tahun ini... :)


cinta dan airmata '08 menjadi kenangan abadi...

annabaizuramispani
Quincy, MA
US

Sunday, December 28, 2008

CINTA HAKIKI

PAGI!!!!! Salam sayang semua...

Dalam coretan lepas, aku ada menyebut tentang CINTA HAKIKI... Ini kisah disebalik bagaimana ku temui CINTA HAKIKI tersebut. Aku bersyukur sangat disaat aku keliru dengan diriku, hala tujuku dan keputusan yang akan ku ambil disamping resah meruntum hati dengan pelbagai masalah yang aku sendiri tidak pasti bagaimana harus aku menyelesaikan dalam masa yang singkat, aku dihantar oleh syarikat ku ke satu kursus yang aku sendiri tidak pasti adakah masa ini sesuai untuk ku mengikuti kursus tersebut... Tapi DIA lebih mengetahui, mendorongku melangkah mengikuti kursus tersebut yang bagiku sangat mengagumkan... MIRACLE... Itulah perkataan yang boleh ku ungkapkan kali pertama menjejakkan kaki saat itu... LUAR BIASA pembawakannya...

ESQ 165... Satu kursus di mana kita dibawa mengenal siapa kita untuk kita mengenal siapa TUHAN kita... sangat menarik pendekatannya. Aku menjadi kagum dan terpesona saat Pak Amirul mengungkapkan kata... bukan kerana ketampanannya, tapi kata-kata yang mampu membuat aku menitiskan airmata sepanjang 3 hari mengikuti kursus tersebut. Bukan menangis kerana terpaksa, tapi menangis kegembiraan dan penuh syukur atas rahmatNya di mana ku temui diriku dan CINTA HAKIKI ku saat umurku 26 tahun. Bagiku, aku antara yang bertuah mengenal CINTA HAKIKI di saat umurku masih muda dan mampu berubah. Ini kerana, perjalanan hidupku dipenuhi dengan pencarian yang tiada penghujung. Aku yakin, Allah sentiasa membantuku mencari jawapan dalam setiap pertanyaanku tapi dengan cara yang DIA kehendaki. Mungkin ini jawapan bagi pencarian ku sekian lama.

Terima kasih buat syarikatku yang menghabiskan ribuan ringgit utk menghantarku ke kursus ini. Syukur ku panjatkan ke atas TUHAN Yang Maha Esa atas dorongan hati utk melangkah ke kursus ini. Selama hidupku, ku mencari dan perjalanan pencarianku masih jauh di mana aku sering bertanya diriku sendiri apa yang aku cari selama ini. Tapi aku temui jawapannya di sini... ESQ 165... Bukan kursus keagamaan, tapi kursus di mana meminta anda sendiri selami ke dasar diri agar sentiasa menginsafi diri dan bersyukur di atas rahmat dan kurniaNya.

Buat Pak Ari, selaku founder ESQ 165 ini, kalungan Terima Kasih kerana berkongsi ilmu agar semua insan sejagat dapat menikmati kemanisan CINTA HAKIKI ini. Pada anda yang masih mencari CINTA HAKIKI, atau telah menemui tetapi masih curiga atau was-was, ku sarankan carilah kursus ini buat penguat hati... Kerana semua yang anda cari, pasti terjawab andai anda ikhlaskan hati, rendahkan jiwa dan sentiasa berdoa agar anda temui jalan dalam pencarian yang selama ini tiada noktahnya... Percayalah, jika anda sentiasa berdoa, membuka minda, mata dan mata hati anda, jawapannya ada di situ... Di satu sudut dalam hati anda yang selama ini anda tutup mata hati tersebut...

Terlalu banyak benda yang ingin ku kongsikan bersama kalian tentang kursus ini, akan ku titipkan semasa ke semasa. Ini baru mukadimahnya... :P

CINTA HAKIKI yang menjadi asas mata hati ku dan sentiasa akan tetap di situ membantu dan menyayangiku melebihi yang lain. Aku sering berdoa agar aku sentiasa menerima kasih sayangNya agar aku tidak lari jauh dari jalan yang seharusnya aku tuju utk menemuiNya kelak. Melalui kursus ini, kasih sayang kepadaNya sentiasa berkembang mekar dalam hatiku. Aku suka berkongsi banyak perkara menarik yang terjadi kepadaku kesan dari kursus ini. Tapi tak terluah dek kata, tak terungkap dek bicara... alami lah, baru kalian tahu kesannya... KASIH SAYANG yang sentiasa menyelubungimu, akan membawa kamu terus sentiasa bersyukur kepadaNya...


aku tetap aku...

annabaizuramispani
Quincy, MA
US

Sunday, December 21, 2008

Salji oh salji...

Assalamualaikum... PAGI!!!

Minggu lepas (Sabtu & Ahad) bermula ribut salji yang diwar2kan sejak beberapa hari yang lalu sebelum tuh... salji turun sejak 7 Dec yang lalu... tapi sekejap jer.. ala2 manja gitu... satu hari sebelum aidiladha... lepas tuh dah tak der... minggu lepas la salji turun, tapi kali nih lebih lebat dari sebelumnya...



Tak pernah aku tgk atau mengalami ribut salji sehingga la minggu lepas... baru nak bercita2 nak gi "korek" keretaku yang dah tenggelam sejak ari pertama ribut bermula... tapi salji agak kuat, maybe lepas asar nnt la kot... aku berkira2...tapi kena la tgk keadaan dulu...





Banyak nak kena buat nih... tapi agak "malas"... heheheh!!! nak berehat puas2 sebelum esok nak tempuh salji lagi... teringin nak main salji kat luar, tapi tak leh sekarang, tak sesuai... tgh ribut nih... agak2 la beb... aku rindu sangat nak balik msia... tuh jer aku rasa saat nih... Oklah, nak gi sambung layan cerita nih... malam nih ader game Celtic... giler basketball aku nih sekarang... :)

aku nak balik msia...

annabaizuramispani
Quincy, MA
US

Friday, December 19, 2008

Horray!!!! Yeah!!!!

Salam Semua... PAGI!!!!!

Kalau anda gembira kata Horray!!!
Horray!!!
Kalau anda gembira kata Horray!!!
Horray!!!

Kalau anda gembira begini la rasanya...
Kalau anda gembira kata Horray!!!
Horray!!!

Itulah lagu yang bermain dalam hatiku... Seronok beb!!! Bila mana kamu rasa kamu tidak berharap aper2, hati kecilku berkata "jgn berhenti berharap"... PERCAYALAH!!!! Kadang2 kegembiraan datang pada waktu atau ketika kamu sendiri tidak sedar. Aku lama tak rasa gembira sangat2 semenjak datang sini... Selalunya happy jer... :) Hari ini, aku merasakan gembira n berbunga2 sangat sebab "sumber inspirasiku" membalas emailku... TQ Sifu SN sebab bagi aku tersenyum... :)

Dalam berkira2 menekan butang send pada email outlook di officeku, aku send jugak dgn bacaan bismillah mengiringi emailku... tak tahu napa, cuak jer rasa... macam nak summit soalan JPJ online yang mana tak leh nak undur2 dah... hehehehh!!! :P Bukan aper, aku takut Sifu SN kata aku poyo or aper2 jer laa... bukan 1 jer email wish birthday dia dapat... berpuluh2... tgk2, email aku paling poyo... hehehhe!!! tak baikkan, Sifu SN tak cakap aper pun... hehehe!!!

Dalam poyo2 hantar tuh, aku hantar la jugak (pejam mata sambil tekan button send tuh), alhamdulillah... aku send la jugak email tuh setelah lama ku berkira2... dalam hati berdoa agar emailku dibaca dan diAMINkan... aku ingat pesan mama, kalau kita buat kerja or aper2 jer la dengan niat ikhlas, kita akan dapat balasan setimpal... tak kira la kat sini secara "cash" atau nnt dia kumpul dalam buku kita...
Nih coretan beliau... aku share ngan korang erk...

Anna,

I'm flattered with that dedication. I hope you will find the way how to make your parents happy (selagi mereka masih ada). Thanks a lot. Btw, i can recommend Khairul Hazwan for your photographer at RM1511 per event. It's cheap because it's an introduction to the market since KH baru keluar from the apprenticeshipand training in CS selama setahun dah.

Thanks a lot

Have a nice day

SN

p/s InsyaAllah kalau xde wedding time tu, I will come to your wedding.

**aku yang boldkan n warnakan... jgn jeles!!! :))

hatiku menyanyi riang... :)
annabaizuramispani
Quincy, MA
USA

Monday, December 15, 2008

aku dan saiful nang...

Salam semua... :P

Mesti terkejut kan tgk tiba2 ada tajuk cam tuh kat blog aku... kepada saiful nang, jgn marah publish nama dia... bukan sebab aku ada ambik gambar ngan saiful nang... dan bukan jugak aku nih client saiful nang, tapi aku adalah antara peminat sentuhan saiful nang... tak kira la dari gambar, blog or ape2 jer laa... bukan nak tumpang glamor saiful nang k... percaya tak korang aku dah baca semua aper yang tertulis kat FP (sekarang dah pakai blog), baca kisah dia... aku paling suka drama pendek CS (Surat Seorang Ibu), selain tuh, aku suka gak kat tulisan2 dia.... kekadang baca sampai menitis air mata... tak percaya, bacalah sendiri...

Aku nih bukannya tahu pasal kamera pun... nak beli kamera pun tanya satu2 nya kawan rapat aku kat boston nih, si sarul (aku suka panggil dia adik). Tak pun, minta pendapat satu2nya housemateku yang selalu jadi tempat rujuk (Syikin - dia nak balik Msia minggu nih --> aku tak der housemate utk 3 minggu) uwa!!!!!!!

Aku nih suka sangat bergambar... tapi tak pandai ambik gambar la sangat... sikit2 buat koleksi sendiri bleh laaa... tapi kalau nak soh aku posing, jgn terkejut, kalah model tau... tapi tak der bakat jadi model... aku nih biasa jer... model kena tinggi, cantik... aku nih, tak la ada kriteria tuh... aku kenal blog saiful nang nih semenjak aku mulakan operasi mencari cameraman utk weeding aku. aku suka la tgk2 gambar2 kawen, entah laa... suka sangat bab2 weeding nih sebab salah satu minat aku buat hantaran... TQ utk iffa sebab bagi aku buat hantaran dia...

Aku selalu berangan nak ambik saiful nang jadi cameraman aku, tapi aku baru keje... duit pun yang ado... (kata along aku laaa...) so, angan2 tetap jadi angan2 sampai sekarang sebab aku masih tak "mampu" nak hire saiful nang... kalau satu sessi mmg la mampu.. aku ada 5 majlis nak cover, mati lah beb... bertunang, nikah, malam berinai, majlis umah aku n majlis umah lelaki... tapi aku akan pastikan aku mampu hire beliau utk gambar aku suatu hari nnt... tak sempat wedding aku, banyak lagi majlis ada... aku akan berusaha.. macam saiful nang kata, "usaha"... aku masih simpan lagi angan2 dan impian tuh sehingga ari ini... tak salah berimpian, asalkan bertempat... tapi impian tak semestinya tertunai, tapi impian jugak satu usaha... tanpa impian, hidup sia2... so, aku nih tgh berusaha penuhkan impian aku la... so, usahkan!!! Cayouk!!!! Gambate!!!!

Aku suka jadikan saiful nang inspirasi aku... kadang2 org cari org yang macam Trump (aku dah gi New York tgk empire Trump... kagum beb) n sapa2 la utk inspirasi, tapi aku tetap saiful nang... sebabnya, hanya aku yang tahu... nak tahu gak? tapi janji jangan gelakkan??? janji tau!!! aku suka sebab dia sayang mak n ayah dia. 1 jer alasan dia... aku pun sama, ada cita2 nak bahagiakan mama n papa aku selagi termampu. nak bagi apa yang termampu aku bagi... miss u mama n papa... tengok, gelakkan aku... sapa baca blog saiful nang dari 1 page sampai latest n ikuti blog dia, tahu la napa aku cakap cam nih...

Ingat dulu, zaman belajar2 kat U... along kat UiTM shah alam, aku kat UTM... bila tak der duit nak belanja (MARA selalunya masuk lambat), nak minta kat papa sikit punya "segan" sebab tahu papa lom gaji lagi (mama aku surirumah je), so, semua belanja papa la supliernya... so, faham2 laa... nak minta tahu jawapan mama n papa.. "tak pe, nnt mama n papa usahakan..." tuh jer jawapan dia n kagumnya aku ngan papa n mama nih, tak pernah dia hampakan kami adik beradik... so, aku tahu laa.. mesti papa korek la mana2 yang ada kasi kat aku buat pakai seminggu dua.. yang ader tuh la share ngan along n adik (muzaffar) utk sementara tunggu gaji papa... so, kalau nak mintak tuh, aku kadang2 jadi tak jadi mintak sebab tahu papa pon tak der, kalau ader pun, mesti duit tuh dari akaun emergency dia... so, kami nih jimat2 la gak... tuh buat aku sayang kat dorang sangat... dorang buat terbaik utk aku n aku akan balas balik sebaik mungkin walaupun aku tahu aku tak mampu balas sebenarnya... keje giler aper nak ganti jasa mama n papa... sampai mati pun tak terbalas beb... Allahu Akbar!!!

Kami bukan lah keluarga yang kaya, sederhana jer... tapi penuh ngan kasih sayang... papa n mama tak pernah hampakan kami adik beradik selagi mampu... kami merasa la jugak aper yang org lain ader... cuma tak la sekelip mata... kena la tunggu... aku tetap bersyukur... kami rapat adik beradik... tuh la kegembiraan aku, pelindung aku dan kecintaan aku... tempat nak cari gadoh n mengadu domba... tak lama lagi nak tambah seorang lagi ahli setelah tambah abg ipar aku Mei 2 tahun lepas... My Hubby akan masuk group... heheheh!!!! Welcome... tapi jgn la terkejut.. :P

That y, saiful nang jadi sumber inspirasi aku... aku nak jadi mcm dia, bekerja seda
ya upaya dan sesungguhnya utk bahagiakan mereka sementara mereka ada.. mama n papa, anna (angah) akan buat yang terbaik utk kalian... itu cita2 anna, nak kumpul duit nih, nak buat bisnes yang menjadi idaman keluargaku... ala2 cafe'.... jgn risau, anna tgh kumpul nih... semua family risau, anna nampak boros, tapi dalam boros2 anna, anna simpan tau.. cuma tak nampak... kalau nampak, nnt kata menunjuk... so, simpan diam2... sampai masa, kita guna k...

Lupa lak nak cerita yang dalam godeh2 blog saiful nang, aku ternampak junior CS dia... khairul hazwan... dia kawan aku masa kat sekolah teknik KL n UTM.. tak tahu la dia ingat aku ke tak?? tapi aku bangga gak sebab dia jadi sebahagian CS... selama nih tak perasan dia, bosan2 kat US nih, aku baca semula article2 saiful nang sambil tangan ada tisu... ehehehh!! aku nih mudah nagis... dah baca 2-3 kali pun, still nagis lagi... :(

TQ sifu saiful nang... tuh je mampu aku dedicate kat saiful nang... sorry buat wife dia dr. intan n orked sebab jadikan "buah hati" korang sebahagian hidup aku... :P aku ada cita2 nak panggil saiful nang datang wedding aku?? agak2 korang, dia nak tak?? tak kenal sapa aku, alih2 nak panggil datang wedding... heheeh.. kelakar kan?? bukan nak suruh jadi cameraman sebab aku dah ada cameraman (tuh je aku mampu setakat nih) tapi tak kurang hebatnya... kredit utk Abg Is... aku nak jemput sebagai jemputan... nak bagi rasa masakan air tangan mama n papa... lagipun, tak salahkan ajak sumber inspirasi datang utk hari bahagia aku kan??? tapi cam ner erk?? bagi idea sikit??? ker aku hanya berangan2 jer... hahahahah!!!!

**anna nih banyak impian...


akan ku kejar impian...
annabaizuramispani
Quincy, MA
USA

Saturday, November 29, 2008

JODOH???

PAGI!!!!
Salam utk semua sahabat dan kalian yang sudi membaca coretanku,

Tak sangka dalam beberapa coretan yang ku tulis, C.I.N.T.A mendapat sambutan hangat pembaca blogku. Walaupun blog ini baru merangkak, aku suka bila ada yang menghantarkan kata-kata semangat dan komen secara terbuka ataupun secara peribadi melalui emailku agar aku teruskan menulis. Terima kasih kerana sudi membaca coretanku yang tiada sepertinya ini. Sokongan kalian akan membawaku jauh lagi dalam menyelusuri hari-hari mendatang bersama coretan-coretanku.

Sebab C.I.N.T.A mendapat sambungan hangat, ingin aku kongsikan kata-kata yang ku petik dari email sahabatku:

"ko ada citer psl CUBA dlm berCINTA kan??aku ada baca .. dan aku pernah menCUBA .. tp tak menjadi .. susah bila CINTA tu tak dtg dgn sndri .. CUBA aku ni mcm dipaksa .. so better aku berundur kan???"

**sorry utk sahabatku yang sorang nih... bukan nak publish aper dia tulis, cuma aku nak bagi pendapat n nak share something ngan korang...

Aku terpanggil menulis tajuk ini kerana petikan dari sahabatku mengenai CINTA. So, ini adalah kawan baik dengan CINTA iaitu mengenai JODOH... Sebab aku tahu, ramai yang rasa JODOH itu sesuatu yang berat bila diutarakan. Suka aku nak petik tulisan salah satu penulis kegemaranku Dr. Phill McGraw dalam bukunya berjudul "Love Smart"... Katanya :

"Find the one you want - Fix the one you got..."


Betul tak?? Kita bukannya mencari kesempurnaan dalam JODOH, tetapi mencari seseorang yang mampu saling lengkap-melengkapi di antara satu dengan lain. Seperti CINTA, JODOH juga tidak boleh dipaksa-paksa. Andai kita telah mencuba, dan itu bukan JODOH kita, lepaskan jika itu adalah jalan terbaik. Jika kita mampu menyelamatkan JODOH kita, selamatkanlah tetapi bukan sebab TERPAKSA atau DIPAKSA, tetapi lakukanlah dengan RELA dan dengan HATI yang ikhlas agar cinta yang disemai dan kasih sayang yang dibajai bercambah mekar dalam sanubari. Dengan itu, CINTA itu akan selamanya di HATI... Lakukan dengan keikhlasan lebih manis hasilnya kerana kita tahu, kita saling memerlukan. Bertepuk sebelah kanan tidak akan berbunyikan?? Tepuk dada, tanya HATI, adakah yang dicari masih bersembunyi ataupun telah ditemui tetapi dibiarkan berlau pergi... Fikir-fikirkanlah...

Sahabat dan pembaca sekalian, fahamilah... JODOH kita telah ditetapkan dan ditulis perjalanannya oleh Yang Maha Esa semenjak azali lagi. Oleh itu, kita hanya mampu berdoa agar apa yang ditetapkan utk kita adalah yang paling terbaik buat kita sebab DIA Maha Pengetahui apa yang berlaku dilangit dan dibumi.

Tapi kebanyakkan kita sentiasa menidakkan JODOH yang disuratkan buat kita kerana kita percaya kita mampu mencari yang terbaik walhal yang telah ditetapkan itu adalah yang terbaik... Macam aku juga, aku sentiasa mencari yang terbaik sedangkan apa yang didepan mataku adalah yang terbaik buatku... Tapi aku bersyukur sekarang, didorongkan HATI ku menerimanya utk menjadi pelengkapku... dan aku bersyukur kerana DIA sentiasa menyayangi ku dan meletakkan aku dibawah lindungan kasih sayangNya sebagai hamba kerana JODOHku dengan tunangku dipanjangkan walaupun banyak dugaan mendatang sebab seperti yang aku katakan DIA Maha Mengetahui... Hubby, I love U so much.... Muah!!!! Rindunya nak balik Malaysia, tanah tumpah darahku.... heheeh!!!!
Percayalah, selama lebih kurang 5 tahun bersama, bukan sedikit dugaan melanda, terlalu banyak sehinggakan aku sendiri kadang kala tewas dengan dugaanNya. Tetapi kepercayaan aku hanya padaNya kerana aku pasti, setiap dugaan dan cabaran yang didatangi padaku ada hikmah tersembunyi dan DIA mahukan aku berfikir disebalik musibah yang datang kepadaku.

Aku punya seorang teman yang mempunyai ramai teman lelaki. Teman lelaki ini bukanlah "boyfriend", tapi lebih mudah kita sebut kawan-kawan lelaki. Walaupun ramai, dia masih lagi tidak punya kekasih hati kerana katanya, "semua yang dia suka, telahpun berpunya... takkan nak ambil org punya kan??" Tapi dia masih ada seseorang yang dia sentiasa tunggu tetapi katanya pula, "kalau ada JODOH, ada lah... Jika tidak, carilah lain..." aku suka mengatakan padanya, yang JODOH kita bukanlah semudah itu... Kadang-kadang kita perlu berusaha mendapatkannya. Tidaklah ku minta dia mencari semahunya, tapi berdoa pada DIA agar ada seseorang yang mampu menerima dia seadanya kelak. Itupun dikira berusahakan??

Percayakah kalian jika ku katakan aku mula berdoa tentang JODOH ku seawal umurku 17 tahun. Bunyinya macam kelakar kan?? Tapi itulah kenyataanNya. Ceritanya bermula sewaktu ustaz di sekolahku mengatakan bahawa doa adalah senjata kita dan kita tidak boleh mengubah takdir tetapi kita boleh berusaha memohon yang terbaik buat kita. Doa orang yang tidak berputus asa adalah doa-doa orang yang berusaha. DIA suka pada orang yang berusaha... bukan menyerah sahaja kepadaNya. Jadi tak salah berdoa sebab sejak kecil aku mengimpikan perkahwinan yang bermakna buat diriku sepanjang hayatku. Aku juga mahukan seseorang yang sentiasa mencintaiku keranaNya. Terlalu banyakkah kemahuanku??

Buat sahabatku semua....Jangan pula terlalu memilih... kerana kita bukan Puteri Intan Terpilih... Kita makhluk Tuhan seperti yang lainnya. Kita juga bukan yang terbaik mahukan sentiasa yang terbaik buat kita. Kita akan dapat seperti apa diri kita... Jadi, jangan harapkan dan impikan yang tidak-tidak. Jangan mengharapkan bulan yang jauh dilangit tinggi sedangkan yang di atas pokok pun tak tercapai. Jangan pula menggadai perasaan hanya kerana menunggu sang putera raja sedangkan putera raja yang dinantikan baru mahu belajar membaca.

Jangan pula terlalu menanti-nanti kerana penantian itu satu penyeksaan. Jangan pula kita hanya mempunyai sikap menunggu sahaja kerana percaya kita tetap ada JODOH. Ya, JODOH kita memamg ada, tapi tidak semudah yang disangka. Kadang-kadang perlu diusahakan, perlu dicari dan perlukan pengorbanan. JODOH datang dengan pelbagai cara... bagaimana dan cara mana ia mahu sampai kepada kita, terpulang pada takdir dan usaha kita.

Ada pula seorang sahabat yang sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan sehinggakan tidak mahu mencari JODOH kerana dia merasakan dia tidak layak untuk sesiapa. Dinasihatkan, jangan terlau merendah diri... sikap itu kelak akan memakan diri. Kita perlu merendah diri pada tempat yang betul. Seharusnya, kita perlu menanamkan sikap positif pada diri... Jika kita sendiri sentiasa merendah-rendahkan diri kita, apatah lagi orang diluar sana yang sentiasa mahu menjatuhkan kita. Orang tidak senang melihat kita senang sayang....

Ada pula sahabatku yang usia telah meningkat tetapi masih lagi mencari pasangan... Teruskan usaha, sekurang-kurangnya, kamu berusaha... dan jika JODOH itu masih tiada, jangan gusar dan berputus asa, kerana ada hikmah tersembunyi didalamnya. Jangan pula mandi bunga yang bukan-bukan atau melakukan perkara-perkara mensyirikkan DIA. Berdoalah agar JODOH itu akan datang kepadamu kelak... Cuma JODOH itu datangnya lambat atau cepat.... DIA yang menentukanNya dan atas kehendakNya...

J - Jangan memilih sangat dan jangan pula sekadar tangkap muat
O - Olahkan usaha agar JODOH anda sampai kepada anda dengan cara yang terbaik buat anda
D - Doa kepadaNya agar JODOH anda sentiasa yang terbaik buat anda
O - Once in our life sometime twice or more...so, percayalah, JODOH tuh tetap ada, cuma lambat or cepat jer...
H - Hindari melupakan DIA kerana DIA sentiasa sayang dan kasih pada hambaNya yang sentiasa mengingatiNya


annabaizuramispani
Quincy, MA
USA